kadang-kadang aku marah dengan diri sendiri. rasa nak lempang/pukul/tumbuk je diri sendiri. *ayat nak hiperbola emosi aje. huhu.
aku tak mencuri. aku tak memfitnah, aku tak pernah mencabul orang tapi aku tak reti nak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. tak reti nak bersyukur ni sama je taraf macam bunuh orang. jom pergi bunuh orang =P
i mean dua-dua perangai tu macam something yang keji meji. (-_-")
Kereta
Sebelum ada kereta : "tak kisah kereta camne buruk pon. janji ada kereta senang nak gerak pergi mana-mana. lagi-lagi kalau emergency" *emergency untuk keluar setiap kali weekend =P
Selepas ada kereta : "jeles nya kereta-kereta orang lain. paling cikai pon viva. semua baru-baru. siap modified pulak tu. aku kancil je. malunya."
panggg ! tak reti bersyukur la kau ni.
Tempat Latihan Industri (practical)
Sebelum dapat offer : "kenapa tak dapat-dapat lagi ni offer untuk LI. tak kisah la tak dapat tempat yang takde elaun pon. kalau dah dapat satu offer takde elaun pon dah rasa bersyukur sangat dah."
Selepas dapat offer : "dapat LI kat TNB je tapi tak dapat elaun pon. xde standard ah. ingat nak hantar lagi resume kat kilang-kilang swasta. dapat elaun baru masyuk sket."
dush3x ! banyak songeh lah.
Handphone
Masa pakai Nokia 6620 : "ingat nak tukar phone lah. phone ni dah buruk sangat. tak kisah phone camne pon. janji boleh call ngan message je. yang lain-lain tak penting pon"
Dah pakai E63 : "rasa nak Blackberry lah. kawan-kawan pon dah ramai pakai Blackberry. application dia banyak. berguna sangat. senang sket nak upload pic or status kat Facebook, anytime anywhere."
hiyark !! *karate diri sendiri.
Pakaian
Masa takde baju baru : "dah takde baju baru la. semua baju-baju lama. tension nya camni. kalau ade baju baru tak de ah tension camni"
Bila dah ada baju baru : dialog tetap sama. "dah takde baju baru la. semua baju-baju lama. tension nya camni. kalau ade baju baru tak de ah tension camni"
Bila almari dah penuh : dialog tetap sama. "dah takde baju baru la. semua baju-baju lama. tension nya camni. kalau ade baju baru tak de ah tension camni"
Pergi mati. *ambik pisau tikam diri sendiri.
__________________________________________________________
cuba masing-masing renungkan diri sendiri secara dalam dan menyeluruh. sama tak dengan aku? *ajak orang muhasabah diri sebab tak nak rasa bersalah sorang-sorang =P
sama-samalah kite renung kembali dan sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmatNya. amin.
gambar hiasan semata-mata. style kan kereta mini ni. 1st time drive. =)
*x jumpa pulak gambar my baby kancil
Macam-Macam Hal : nak tukar header blog yang gerak-gerak tapi tak reti. kesian kan. (-_-')
syakirah o_0

Syukur.
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletealhamdulillah.
SYAKIRAH= MENSYUKURI..
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteyeah. tepat skali. =)
Allhamdullillah ya Allah..
ReplyDeleteaku selalu nmpk kete kecik kaler merah tue selalu singgah esso tgh2 mlm....btol x??? hahahhha
ReplyDelete@Imzainieyzulkipli
ReplyDeletehaha. esso tu port favourite.