BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 12, 2011

pemergian arwah nenda tercinta

Assalamualaikum w.b.t


masa hari isnin lepas, tarikh 7hb Mac 201l. kelas batal kalau tak silap.aku balik bilik awal-awal nak siapkan assignment kawan kakak aku. suppose kene hantar hari tu jugak tapi ade soalan yang tak dapat aku buat. aku suruh la Siti dan Dee datang bilik tengok soalan assignment dari Open University tu. boleh imagine tak selama 4 tahun dah belajar fizik dan elektrik dalam english then dapat soalan dalam bahasa melayu. blank jadinya.
cth : terangkan kendalian litar. apekah??? explain the operation of circuit. kan senang tu. =P
pastu dalam kekalutan bincang ape itu elektrik domestik, kakak aku telefon. 
"ni mesti nak tanya pasal assignment ni.malas la angkat" bicara dlm hati.
pastu aku hantar msg. 'nape?yah tgh kelas ni.'
'tokwan dah meninggal tadi. nak balik tak'
aku speechless. dengan muka selamba, " korang, nenek aku meninggal ni. camna ek"
serius takde rasa sedih ke apa ke. mmg macam cool gila.


**********************************************************
aku tengok mayat tokwan atas katil tengah-tengah rumah. dah siap mandi,kapan semua.
kakak aku selak selendang yang tutup muka arwah.
kitorang cium pipi dan dahi tokwan. tiba berdesup, rasa sedih kehilangan arwah.
baca Al-fatihah dan Al-Ikhlas. perasaan hiba dan sayu menusuk jiwa melihat sekujur tubuh kaku yang bernama Rajiah binti Udin yang telah meninggalkan 11 orang anak, 60++ cucu dan 20++ cicit.
kenangan-kenangan bersama tokwan terus masuk dalam ingatan. terbayang semua nya.
walaupun aku hanyalah cucu yang ke puluh-puluh tapi aku pernah jaga tokwan aku suatu ketika dulu.
basuhkan baju dia, jemurkan baju dia, buatkan air, hidangkan makanan, tolak wheelchair tokwan. walaupun aku sempat berbudi seciput je, tapi kenangan dengan tokwan tak mungkin aku lupa. 


hari ni dah 6 hari semenjak pemergian arwah tokwan. sekejap masa berlalu. semoga roh arwah tokwan bersama dengan orang-orang beriman. Al-Fatihah.


gambar terakhir bersama arwah tokwan masa raya tahun lepas.


p/s : terima kasih kepada kawan-kawan zudeng dengan mukhlis datang masa pengebumian tokwan di kubur.


Macam-Macam Hal : lately dugaan hidup datang bertalu-talu. semoga Tuhan kuatkan semangat aku. amin.

XOXO, 
syakirah o_0

2 omelan:

  1. tabahkan hati ..kuatkan semangat..anda boleh!
    kawan2 sntiasa berada dbelakang menyokong anda..bye~ =)

    ReplyDelete

..:: ape kamu rase? ::..

Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT© SYAKIRAH SAPIE. ALL RIGHT RESERVED.