semalam lepas balik mengajar (hint nak cakap aku jadi cikgu sekarang =P) terus pergi cari barang-barang nak buat Ikea Meatball tapi sampai je sana tiba-tiba terbeli whipping cream nak buat tiramisu. pendirian tak tetap betul.
first time aku nak try buat tiramisu berpandukan tunjuk ajar di internet jek. lepas tu dok sensorang dapur, weng wung weng wung. pup pap pup pap. wreng wreng. krap krap. tadaaa. =)
it's Tiramisu ! =)
Bahan-Bahan :
- 250g whipping cream (aku beli botol yang nett weight dia 250g)
- 250g cream cheese
- 150g gula (kalau tak suka manis kurangkan gula ye)
- biskut tiramisu (aku pusing setengah jam kat Giant cari tapi x jumpa. last2 aku guna biskut coffee)
- bancuhan nescafe
- serbuk koko
- Pukul cream cheese + gula + whipping cream sampai kembang.
- Biskut tiramisu dicelup dengan bancuhan nescafe then disusun dalam bekas.
- Lapis kan dengan adunan yang ( 1 ) di atas susunan biskut tadi.
- Then susun biskut dan diselang seli dengan adunan.
- Tabur serbuk koko dan disimpan dalam fridge overnight.
mudah je kan. tapi tiramisu ni sejenis dessert yang muak bagi aku la. sebab gune cheese dengan cream kan. makan sedikit-sedikit jek. ayah aku ada cakap jangan makan banyak sangat nanti makin gemuk. (-_-")
selamat mencuba ! =)
Macam-Macam Hal : saya sekarang bukan setakat jadi trainee kat TNB tapi jadi cikgu tuition juge. =)
XOXO,
syakirah o_0


0 omelan:
Post a Comment
..:: ape kamu rase? ::..