Assalamualaikum w.b.t
Hari ni pergi kerja pukul 7.30a.m balik pukul 7.40p.m. betul2 workaholic kan. =P
Actually tadi dah nak dekat pukul 6 masa on the way balik pejabat. Ada accident kecil berlaku. Kecil pon tak kecil sebab ambulance wee woo wee woo jugak datang.
Cerita dia camni. Masa tu lori TNB yang aku naik ni dok di lane kiri. Lepas tu tak jauh kat depan ada Myvi parking mungkin nak beli pisang goreng tak pon beli cekodok pisang. Dia punya ukuran parking tu memang termakan sket line tepi jalan tu. Then, di antara kereta parking dan lori TNB yang bergerak ada PAKCIK yang bawak motor. Aku highlight kan PAKCIK tu sebab nak suruh korang paham macam mana PAKCIK bawak motor. Tak kesah la pakcik tu dok negeri Melaka ke Kelantan ke tema dorang tetap sama iaitu ‘slow and steady’. Pakcik yang tengah naik motor tu bergerak ke kiri sket memakan jalan lori TNB sebab Myvi tu makan jalan Pakcik tu. So driver lori TNB iaitu Abg Mat slow down la lori tu secara tiba-tiba tapi tak mengejut pon untuk bagi Pakcik yang berhemah tu lalu. Nak ke kanan kereta berdesup desap. Tiba-tiba GEDEGANGGGGGG !
Abang mat berhenti lori kat tepi jalan. Aku punyalah blur. Aku tak tahu apa. Aku pelik kenapa berhenti. Pok Tar beristighfar. Semua orang turun lori. Aku still blur dan terus tanya Do, kenapa. Dia jawab, motor2. Jawapan ringkas dan padat dari Do buat aku makin confuse. Turun-turun. Laaaa.. motor tu langgar bontot lori TNB. Hasilnya, pemuda dua orang tu tergolek-golek. Dah lah dua-dua bisu. Sorang takleh bangun mungkin patah kaki dan tangan. Sorang lagi dagu koyak. Tapi penumpang lori TNB tiada rasa apa-apa gegaran mahupun inertia. Haha. Lori TNB? Hanya lah calar balar dan besi bengkok sedikit. Kebal kan lori TNB. Hee.
Sempat snap beberapa pics jek. Tu pon ada yang Do ambik. Tapi tak clear pon. Sebab semua lelaki berkerumun tiba-tiba aku nak menyelit kat celah. Kene marah dengan Pok Tar karang. Haha.
Oh ye, lagi satu kemalangan berlaku. paling dasyat.
=p
Pekerja-pekerja TNB kerja bertahun-tahun pon tak kena ni baru 2 3 hari practical dah kena. Haha.
Macam-Macam Hal : kerja memang memenatkan. (-_-")
XOXO,
syakirah o_0






0 omelan:
Post a Comment
..:: ape kamu rase? ::..