tadi pergi kenduri kahwin classmate aku kat UMP ni. kenduri sebelah pengantin lelaki. sebelah pengantin perempuan tak dapat pergi sebab kat johor jauh nun di sana. jauh sangat kan. so dapat datang yang side pengantin laki je. macam biasa lah. blog aku ni blog personal. so mestilah aku akan cerita pasal aktiviti aku dan dipenuhi dengan gambar-gambar. so enjoy the gambars. =)
perjalanan kali ni ada 4 buah kereta. pergilah kami berkonvoi ramai-ramai.
lepas tu kitorang singgah sekejap untuk beli hadiah. tapi aku tak terlibat. serah pada pakar. *mata ke atas tangan ke bahu.
tapi aku sempat bergambar.
seposen
dua posen
sampai-sampai sana rupanya pengantin perempuan belum sampai. so apa lagi. bergambar lah dulu.tiga posen
pastu family pihak lelaki suruh kitorang makan dulu lah sementara tunggu kedatangan pengantin. macam tahu tahu kan kitorang memang lapar dan haus.
empat posen
lima posen
enam posen
tujuh posen
lapan posen
*tiba-tiba teringat pulak papadom yg crunchy itu. sapa yang baik hati tolong hadiahkan satu balang papadom sempena hari buruh. huhu.
dah setel makan semua pengantin pon sampai. oh ye. lupa nak kenalkan. kawan bekas classmate sebab semester ni dia tukar section aku tu Kak Shahida namanya dan pasangan nya Imran.
sembilan posen
tapi kitorang tak ikot dorang masuk sebab dorang terus makan beradap. ke makan beradab? *x penting. teruskan bercerita.
then kitorang tunggu lah kat luar untuk sementara.
ada yang duduk borak-borak.
singgit
ada yang sempat pergi kait buah mempelam jiran sebelah !singgit seposen
dan ada juga yang makan. x lain x bukan. aku lah. *itu bukan kali kedua ! tapi pertama. aku x sempat nk makan bubur pulut hitam. sapa nak lamar aku kahwin tolong masak kan aku bubur pulut hitam. favourite aku tu. ;)
singgit dua posen
tak lama kemudian, seberapa ketika itu, kitorang masuk dalam nak ambik gambar dengan pengantin. aku nak tunjuk gambar aku sorang je sebab yang gambar lain-lain x cantik.
singgit tiga posen
aku rasa panjang pulak aku cerita. lepas tu, budak lelaki class aku baru sampai. diorang suruh tunggu tapi semua nak balik dan aku dan penumpang kereta aku je sanggup tunggu mereka.
singgit empat posen
*gambar ni cantik. suka !!!
singgit lima posen
dah alang-alang datang ke kuantan. kebtulan pulak ada JomHeboh. semua nampak cool xnak pergi tapi the real is they are really eager to go there ! haha.
jalan-jalan cari artis. tapi x jumpa pon remy ishak. janji nak jumpa. mungkin dia taknak kontroversi yang kitorang nih bercinta. *angkat tangan ke bahu mata ke atas.
cuaca kat sana panas ya ampun. sampai sekarang berdenyut-denyut kepala. aku terpikir orang bawak baby-baby pergi sana tu kesian kat baby tu. dah la panas,orang ramai. nanti bakteria kuman semua ada.
nanti anak aku jangan harap aku bawak tempat-tempat camtu selagi tak masuk sekolah. *berangan ada anak. pengsan.(-_-")
oh ye. tadi daftar SPR. dah boleh mengundi. =D
singgit enam posen
singgit tujuh posen
balik terbungkang tidur. berat kepala. kepala berdenyut. cari ubat merata takde. nak mintak budak bilik-bilik sebelah semua dah balik. terus bantai tido.
itulah diari hidup saya hari ni. =)
oh ye. sila bank in kan RM1.70 ke dalam akaun saya di sebabkan anda semua telah melihat gambar-gambar untuk entri ini. =P *tips jana duit untuk akhir semester.
Macam-Macam Hal : kawan-kawan aku dah ramai kahwin, tunang. mungkin umur 20 ke atas dah sesuai untuk ke aras itu. tapi seriously aku rasa menggelepur nak kahwin walaupon takde calon tapi untuk komitmen dan tanggungjawab saya angkat bendera putih tanda surrender. kahwin bukan mende main-main. kahwin adalah untuk suatu jangka masa lama. so to my dear husband to be, kita plan cantek2 k. ;) *berangan lagi. pengsan.(-_-")
syakirah o_0

0 omelan:
Post a Comment
..:: ape kamu rase? ::..