hari ni dah 10hb September. means that cuti aku tinggal SEHARI sahaja lagi. boleh tak nak tambah cuti sebulan lagi? seminggu ke? sila buat universiti sendiri. (-_-")
cuti-cuti nak habis ni aku diserang penyakit sakit kepala, pening, loya dan muntah-muntah. sumpah saya tak mengandung.
3 hari lepas, bangun je dari tidur, aku tak boleh angkat kepala,urat sebelah mata aku berdenyut-denyut. loya dan pening. sah, ini penyakit normal aku datang balik. lepas tu, mula la sesi muntah baring, muntah baring. aku tak tahan sangat aku telan Milidon 500, ubat yang mampu buat kau terlentang untuk beberapa jam tanpa hiraukan keadaan sekeliling mahupun handphone berdering setiap setengah jam.
malam tu mak aku ajak pergi klinik. serius aku tak suka pergi klinik. memang hakikat kalau sakit kat rumah memang kene paksa jumpa doktor.
four years back..
1st time kene penyakit ni masa kat Matrik dulu, pergi klinik. doktor cakap aku ni,
"kurang makan, kurang tidur."
then, bila kene je penyakit ni, aku telan Paracetamol aje. pastu baik lah. mudah kan.
two years back..
kene penyakit ni kat rumah. macam biasa. kene paksa pergi klinik. (-_-") doktor cakap tak berapa nak cakap,
"ada kaitan dengan resdung. nanti saya bagi ubat."
*bayar bukan main mahal tapi ko cakap sepatah dua je dengan pesakit. =/three days ago..
memandangkan doktor tu jiran aku. jadi sesi bertemu doktor tu lama la sket. dok bercerita dengan mak aku pasal kenduri jiran belakang rumah pon 10 minit. lepas tu cerita pasal hari raya adalah dalam 15 minit. *okay. aku tipu bab masa tu. =P
doktor cakap,
"awak ni kurang rehat. selalu mengadap laptop ke?"
*mak aku terus jawab.24hours!siang tidur malam berjaga. bla bla bla. *please dont bring your mom to clinic. (-_-")
"laptop tu membahayakan. awak terlampau fokus dan buat jadi stress kat urat mata. awak tahu tak yang kemungkinan salur darah di otak awak boleh pecah. kalau nak ubat tu memang susah, dia ada terapi dia bla bla bla" *sambil tunjuk gambar otak kat bilik dia. serius, special treatment kalau doktor tu jiran kau.
"laptop ni memang penting tapi berpada-pada lah. awak kurang rehat. awak rehat banyak-banyak. kurangkan penggunaan laptop. bla bla bla bla" *sambil cek urat mata, tekanan darah dan lain-lain.
konklusinya, kurangkan penggunaan laptop. T.T *air mata mengalir di pipi
Macam-Macam Hal : aku malas packing dan drive balik nanti. huuuuu.
XOXO,
syakirah o_0

erk..
ReplyDeletetetibe kite rase terus nak tutup lappy..
kbai~