BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 30, 2011

PSM1 & SUKFAC

Assalamualaikum w.b.t


pelajar final year sinonim dengan kebusyan masing-masing. termasuk lah aku. patut la dulu ex aku tinggalkan aku, sebab dia cakap dia busy dan aku ni beban dia. tapi dia dump aku masa dia 3rd year. that's mean ko kene tipu la tu syakirah. -_-"
sebelum air mata mengalir secara tiba-tiba, baik aku ubah topik cepat-cepat. tehee.


final year project. itulah boyfriend aku sekarang. siang malam dating dengan beliau.sanggup tak tidur nak bersama dengan beliau. esok-esok mata dah hitam. ingatkan tertekap stamp pad tapi bila diteliti itu DARK CIRCLE okkay. topic yang kitorang selalu borak tak lain tak bukan pasal robot. kadang-kadang aku naik muak jugak kan tapi demi cinta aku kat beliau, aku layankan je. robot pon robot lah.
ni gambar masa aku dating dengan beliau.


hensem tak ? ;)
sangat bahagia dengan beliau. hari tu kene present pasal beliau kat 4 orang panel. cuak giler okay sebab aku 1st presenter. alhamdulillah everything was going smoothly. PSM1 aku dah setel. boleh senyum sampai telinga. (^_________^)

untuk mengrewardkan diri aku yang bekerja keras selama ni, aku pergi keluar buang masa kat Kuantan. fyi, aku dah jarang giler-giler keluar Kuantan. busy mungkin. tak pon naluri nak keluar tu dah hilang tah mana. kalau aku cerita kat orang semua macam, yeke? macam pelik je. come on lah, syakirah mana suka keluar since dulu lagi okay. =P

masa tu tengah lapar sangat sampai perut dah tak mampu nak berbunyi dah sebab dah takde tenaga. sampai east coast mall cari parking dah setengah jam. nasib ada pak guard yang baik hati suggestkan kitorang parking yang sangat strategik. thanks pakcik ! =D then direct pergi ke Pizza Hut melantak pizza yang baru tu. pergh. terbaek. sedap giler. 

few slices je tinggal. tak mampu nak habiskan. oh ye, pizza ni aku makan dengan 2 orang lagi kawan aku. bukan aku sorang. aku perlu explain untuk mengelakkan sistem kutukan berlaku terhadap aku.

lepas tu pergi window shopping. pandang sana sini semua nak sales la pulak kan. aku adalah perempuan insan yang lemah yang mempunyai jiwa ingin membeli yang tinggi. kewangan yang tidak stabil membantutkan keinginan aku. ='(
last-last aku terpedaya jua dengan membeli sepasang slipper dan beberapa tops yang labuh tutup bontot. sekarang bila pergi kelas pakai jaket fakulti dah rasa nak pakai baju labuh tutup bontot gitu. selama 3 tahun x pernah kisah pulak kan. tapi okaylah dari takde kesedaran langsung.

guess which one would be my choice ?

pastu isnin lepas, ade kejohanan sukan faculty and of course aku jadi manager netball untuk fakulti elektrik lagi lah. nak buat camna, dorang yang suruh aku jadi. haha.
spot me !
aku tahu korang ambik masa 3 minit setengah nak cari mana aku kan. nampak tak kat situ saham senior dah turun dari saham junior-junior. haha.
cuba dok center untuk sama taraf dengan adik-adik junior.
nampak pale muka aku kan. tak leh challenge kecomelan adik-adik junior. =(

dah lah syakirah. kalau dah tua tu tua jugak lah. huu.

rindu la sukfac lat year. masa tu almost semua orang aku kenal. tapi kali ni mostly tak kenal. semua junior-junior. dulu setiap album sukfac ade je muka aku menempel. tak kisah lah team elektrik ke mekanikal ke. ada je aku sibuk mencelah nak bergambar. sekarang ada 2 keping je gambar nampak muka aku. haha. too much differences compared with last year. anyway, congrates too Fakulti Elektrik sebab johan keseluruhan. yeahh! kita memang hebat. =D

dah penat bercerita. okay. bye. =D

XOXO,
syakirah o_0

0 omelan:

Post a Comment

..:: ape kamu rase? ::..

Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT© SYAKIRAH SAPIE. ALL RIGHT RESERVED.